SELAMAT DATANG

TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUGI BLOQ INI. SEMOGA APA YANG KITA USAHAKAN AKAN DIANUGERAHKAN KEBERKATAN OLEH ALLAH S.W.T.BERSAMALAH KITA BERDOA AGAR APA YANG KITA USAHAKAN INI MENCAPAI APA YANG TELAH KITA BERSAMA HARAPKAN

Saturday, December 10, 2011

Aktiviti PRINT'11


Pertandingan antara sekolah

  • BaSeD
  • Bantu Mula
  • Kem kraf
Pertandingan campuran sekolah dalam dan luar negara

  • Opsrace

Aktiviti berpengkalan
  • Taman Herba
  • Pokok2 Hutan
  • Taman Ular
Aktiviti-aktiviti Lain
  • Mendaki Gunung Angsi
  • Persembahan terbuka mengikut (Sekolah tetapkan bentuk persembahan)
  • Ziarah sekampung
  • Qiam perdana
  • Senaman nusantara
  • Persembahan nusantara
  • Persembahan Muadz dan UNIC

Thursday, November 17, 2011

PRINT'11 - PERTANDINGAN BaSeD

1.PENYERTAAN

a. Terbuka kepada pasukan-pasukan pakaian seragam KRS di sekolah-sekolah Rendah dan
menengah MUSLEH

b. Hanya Dua pasukan sahaja iaitu pasukan lelaki dan perempuan mewakili sesebuah sekolah.

2.PENDAFTARAN

a. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 10 orang dan tidak melebihi 11 orang termasuk seorang ketua pasukan dan anggota simpanan

b. Setiap Pasukan yang didaftarkan mestilah terdiri daripada jantina yang sama sahaja, anggota dalam Platun yang bercampur lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.

c. Setiap pasukan diwajibkan mengisi borang Pendaftaran dan disahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

3.BILANGAN PESERTA

a. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta termasuk Ketua pasukan

b. Setiap pasukan boleh menghantar seorang peserta simpanan


4.PENGGANTIAN PESERTA

a. Semasa pertandingan dijalankan setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 10 peserta termasuk ketua pasukan. Pasukan yang kurang atau lebih daripada 10 ahli tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan.

b. Jika ada peserta yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan peserta kurang daripada yang ditetapkan (10 orang), lima markah akan ditolak bagi setiap anggota yang kurang dan juga kepada setiap anggota yang lebih daripada 10 peserta

c. Tiada sebarang penggantian peserta ketika pertandingan BaSeD sedang dijalankan. Penggantian anggota hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan BaSeD dijalankan.


5.MASA

a. Masa persembahan sepenuhnya bagi setiap pasukan mestilah tidak kurang dari 12 minit dan tidak melebihi 15 minit sahaja . Pemberian markah bermula apabila pasukan bergerak masuk ke gelanggang dan berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan

b. Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman “HORMAT”.

c. Persembahan terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1: Pergerakan asas, elak guna dan patern (persembahan patern hendaklah tanpa suara/arahan).

d. Sekiranya masa persembahan kurang dari 12 minit atau melebihi 15 minit, 5 markah akan dipotong dan perbuatan selepas 15 minit itu tidak lagi diberi markah.

e. Wisel sekali dibunyikan untuk isyarat bermulanya masa pertandingan. Wisel dua kali dibunyikan untuk isyarat 12 minit masa pertandingan. Wisel tiga kali dibunyikan untuk isyarat 15 minit atau tamat masa pertandingan.



6.PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

a. BaSeD (Tahap 1 untuk SRI dan Tahap 1 dan 2 untuk SMI)

i. Pasukan dibawa masuk oleh ketua pasukan ke gelanggang dalam satu barisan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.

ii. Melapor – Ketua Pasukan melapor kepada Ketua Hakim. (Bahasa hukuman : ”Assalamualaikum tuan ! Saya.............Ketua pasukan BaSeD sekolah ............................siap untuk diuji, tuan! Selepas mendapat arahan/isyarat ketua hakim. Terima kasih, tuan!).

iii. Arahan hormat ( hukuman : BaSeD….. Hormat..!)

iv. Pasukan diwajibkan melakukan pergerakan asas BaSeD berikut:

1. 2 asas pergerakan tangan tahap 1
2. 2 asas pergerakan kaki tahap 1
3. 2 asas pergerakan tangan tahap 2
4. 2 asas pergerakan kaki tahap 2
5. 3 elak guna tahap 1
6. 3 elak guna tahap 2
7. Gerak (Patern) tahap 1 dan 2 (tanpa arahan/suara)

v. Penalti akan dikenakan atas kesalahan berikut:

1. Keluar gelanggang
2. Memberi isyarat
3. Tidak ikut urutan
4. Tambah gerakan


7.PENGHAKIMAN

a. Hakim terdiri daripada 3 orang yang dilantik dari Jurulatih BaSeD kebangsaan.

b. Sekiranya berlaku persamaan markah di antara pasukan-pasukan markah persembahan pentas akan menjadi penentu..

c. Keputusan hakim adalah muktamat.

8. PEMARKAHAN

8.1 Persediaan 20 markah
i. Kekemasan diri dan pakaian 10 markah
ii. Keseragaman 10 markah

8.2 Pergerakan BaSeD 90 markah
i. 2 asas pergerakan tangan tahap 1 -10 markah
ii. 2 asas pergerakan kaki tahap 1 - 10 markah
iii. 2 asas pergerakan tangan tahap 2 - 10 markah
iv. 2 asas pergerakan kaki tahap 2 - 10 markah
v. 3 elak guna tahap 1 - 15 markah
vi. 3 elak guna tahap 2 - 15 markah
vii. Gerak (Patern) tahap 1 dan 2 (tanpa arahan/suara) - 20 markah


MARKAH PENUH - 110 markah (SMI)


9. BANTAHAN

9.1 Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

10. PEMBATALAN

10.1 Tidak memenuhi syarat/peraturan pertandingan
10.2 Jika didapati pasukan melakukan sebarang penipuan

11. PERKARA YANG TIDAK DISEBUT

Perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan atau syarat pertandingan ini boleh diputuskan oleh jawatan kuasa Pengelola dan hakim.



Disediakan Jawatankuasa Pertandingan

PRINT'11 - Pertandingan Perkhemahan dan Kem Kraf

Penilaian aktiviti adalah berdasarkan berikut:

  1. Susun atur khemah
  2. Membina tandas kering
  3. Gajet asas
  4. Pintu gerbang
  5. Menara tinjauan (Model saiz kecil)
  6. Pengurusan & pentadbiran perkhemahan
  7. Tiang bendera
  • Bendera KRS
  • Bendera Sekolah
  • Bendera Negeri.

(susunan setiap bendera adalah mengikut protokol)

Semua peralatan aktiviti mesti dibawa dari sekolah masing-masing.

PRINT 2011 - Makluman

Assalamu'alaikum...
Semoga semua anggota KRS Musleh sentiasa berada dalam redha Allah selalu. Blog ini insyaAllah akan dikemaskini sebagai blog resmi bagi PRINT'11 dan boleh dijadikan rujukan kepada semua peserta KRS dan TKRS Musleh, guru-guru, guru besar dan pengetua serta kepada jemputan dari saudara serumpun Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunai yang akan terlibat dengan PRINT'11 bertempat di Kem Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Wednesday, January 13, 2010

PRINT'09 DALAM KENANGAN

PRINT’09 DALAM KENANGAN
MENUTUP TIRAI KRS MUSLEH 2009


Assalamualaikum wbr. Salam sejahtera buat semua yang hadir ke PRINT’09. Sesungguhnya pertemuan yang sungguh singkat itu meninggalkan kenangan yang sangat indah buat Jawatankuasa Pelaksana PRINT’09. Sekalung tahniah dan syabas kepada semua kontinjen SRI-SMI yang membuat persediaan untuk hadir dan menjayakan program yang gilang-gemilang ini. Sesungguhnya komitmen para Ahli Lembaga MUSLEH, Ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Guru Besar/Pengetua adalah sangat penting dalam kita menguatkan jaringan dan kekuatan pasukan KRS MUSLEH. Namun begitu komitmen kontinjen Pramuka JSIT Indonesia yang datang dari seluruh pelusuk Indonesia, Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi sangat-sangat menyentuh hati kita. Begitu juga kontinjen dari Selatan Thailand yang mengumpulkan wakil dari Pattani, Narathiwat dan Yala walaupun tidak ramai tetapi cukup untuk menyemarakkan ikatan ukhuwwah yang pertama kali terjalin.

Majlis Pemasyhuran KRS MUSLEH yang penuh gilang gemilang yang telah disempurnakan oleh YB Dr Hj Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, seharusnya menjadi titik tolak dalam meningkatkan komitmen dan motivasi para pendokong SRI-SMI ke arah memartabatkan wadah tarbiah kepimpinan pelajar ini di mata negara dan dunia. Bagi pihak MUSLEH kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesempatan masa yang diberikan oleh YB Dr Puad untuk turun merasmikan PRINT’09 walaupun sibuk untuk sesi pembentangan dan perbahasan di Dewan Negara pada hari yang sama.

Alhamdulillah penyertaan yang aktif dari semua SRI-SMI dan tetamu jemputan telah menjayakan semua aktiviti yang telah disusun. Laporan-laporan dalam akhbar tabloid dan Laman Web Malaysia harmoni menceritakan segala-galanya. Bermula dengan pertunjukan BaSeD di bawah bimbingan Cikgu Khairi Ab Rahman, Perunding dan Koreografer dan pertandingan BaSeD di hari ketiga serta pertandingan kem kraf menampakkan persediaan yang baik dari pihak sekolah. Persembahan daripada Pancaragam Brass Rejimen Renjer DiRaja Kem Wardiburn KL di awal majlis perasmian menghiburkan hati dan menceriakan suasana.

Kesempatan ini juga kita berikan ucapan terimakasih kepada Unit Ko-Kurikulum (Pakaian Seragam) Bahagian Sukan, Seni dan Ko kurikulum KPM khususnya kepada pegawai-pegawainya iaitu Encik Mohd Rashid b. Mean dan Encik Mohd Shah b. Kassim yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan bimbingan untuk kita mengadakan PRINT’09 sejak dari awal lagi. Tahniah dan terima kasih kepada pegawai-pegawai atasan mereka yang tak dapat disebutkan nama-nama mereka di sini yang memberi pelepasan dan ruang kepada kedua-dua pegawai ini dalam membantu menggerakkan KRS MUSLEH sejak bergabung secara rasminya dengan KRS Malaysia di bawah KPM pada 21 Januari 2008.

Malam Kebudayaan Islam atau dikenali dengan nama Malam Seribu Wajah Satu Aqidah yang dihoskan oleh nasyeed.com menyemarakkan lagi kemeriahan PRINT’09. Mereka yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar SRI-SMI MUSLEH ini sanggup turun padang sejak hari pertama hingga hari ketiga bagi menyediakan kemudahan PA System dan Lampu yang sungguh canggih. Dengan rahmat Allah telah menemukan mereka dengan para muallim dan muallimah semasa mereka berada di bangku sekolah dulu. Ya, mereka kagum, muallim dan muallimahnya masih lagi berada di sekolah menabur jasa dan bakti sejak puluhan tahun yang lalu.

Qiam Perdana pada malam keempat iaitu malam terakhir, menjadi acara kemuncak PRINT’09 di mana 1000 hati bersujud di dataran Woods berlantaikan tanah dan berbumbungkan langit dengan dipimpin oleh Ust Hj Abd Muhaimin b. Mohd Shahar Al Hafiz, Tokoh Hufaz Selangor memohon rahmat, keampunan dan kasih sayang Allah SWT di sepertiga malam terakhir.

PRINT’09 ditutup dengan rasminya oleh Penaung KRS MUSLEH iaitu Tuan Megat Mohd Amin b. Megat Mohd Noor dalam acara yang penuh kasih sayang dan ukhuwwah di kalangan peserta. Sesi bergambar dan bersalam-salaman penuh syahdu dengan wajah yang ceria dan air mata kesyukuran. Semoga mendapat gelaran sepertimana sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya, iaitu dua orang yang berkasih sayang kerana Allah akan mendapat naungan Arash pada hari akhirat, di mana tidak ada naungan pada ketika itu melainkan naungan Allah SWT.

Secara lisannya kita akan dijemput untuk menyertai Jamboree Pramuka JSIT Indonesia yang akan diadakan pada 2011 bakal mengumpulkan 7000 orang anggota. ... Road to Jakarta 2011 ... bermula sekarang.

Sekalung penghargaan kepada semua hadir yang tidak dapat disenaraikan nama mereka di dalam ruangan ini. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.

SATU RUMPUN SATU MATLAMAT SATU AQIDAH

Wednesday, December 16, 2009

TENTATIF PERKHEMAHAN (PRINT 09)

21 DISEMBER 2009
900 - 1200 Pendaftaran
Mendirikan pengkalan

1430 - 1630 Raptai Perasmian

2100 - 2200 Taklimat kontinjen
Bersama tokoh

22 DISEMBER 2009
0800 - 1230 Perasmian & Pemasyhuran KRS MUSLEH
Pemeran
Pertunjukan

1430 - 1630 Pertandingan Based (SRI – SMI)
Ziarah

2100 - 2300 Pertandingan Nasyid

23 DISEMBER 2009
0800 - 1230 Obsrace
Pameran
Pertunjukkan

1430 - 1630 Pertandingan Kem kraf
Ziarah

2100 - 2300 Malam kebudayaan

24 DISEMBER 2009
0500 - 0700 Qiam perdana

0800 - 1230 Khidmas
Majlis Penutup
Penyampaian hadiah
Bersurai

Monday, December 7, 2009

PERTANDINGAN NASYID PRINT' 09

1. PENDAHULUAN

Syarat-syarat dan peraturan Nasyid PRINT' 09 diwujudkan sebagai garis panduan dalam membuat pemilihan peserta, menjalankan pertandingan nasyid dan menentukan pemenang melalui proses pengadilan yang tersusun dan adil.

2. OBJEKTIF:

2.1. Pupuk cinta terhadap budaya dan kesenian dalam Islam.
2.2. Beri kesedaran bahawa alunan nasyid dapat memberi kesan mendalam dan sekaligus menjadi cara berdakwah.
2.3. Cungkil bakat baru dalam dunia hiburan Islam.
2.4. Mengalakkan hiburan yang sihat dan kreatif dalam Islam.

3. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:

a. Sebuah lagu bertemakan : ( PERJUANGAN ) akan diperdengarkan oleh peserta setiap sekolah ( SMI ) yang berbeza.
b.Setiap peserta hendaklah berkumpulan tidak kurang dari 5 orang dan tidak melebihi dari 10 orang ahli. Penyertaan tidak bercampur diantaralelaki dan perempuan..
c. Penyertaan hanya terbuka kepada ( SEKOLAH MENENGAH ) sahaja.
d. Segala perbelanjaan kumpulan yang meliputi kos perjalanan, makan, minum, latihan, susunan muzik (music arrangement) pakaian dan sebagainya adalah tanggungjawab kumpulan masing-masing.
e. Rakaman Suara Nasyid iringan muzik hendaklah diberikan kepada pihakpenganjur di dalam format audio di dalam cakera padat (CD) semasapendaftaran dibuat.
f. Pakaian peserta hendaklah sopan dan menutup aurat sesuai dengannilai-nilai Islam.

4. LAGU DAN LIRIK :

a. Peserta mestilah menggunakan lagu dan lirik ciptaan sendiri dan tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan menggunakan laguyang telah dirakamkan oleh pihak sekolah masing-masing sebelum ini.
b. Setiap lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak melebihi masa 5 minit.
c. Lirik boleh disampaikan dalam bahasa Melayu sahaja.

5. MUZIK IRINGAN

a. Peserta boleh menggunakan rakaman iringan muzik (Minus One) yang tidak ada suara latar (Back up Vocal) di dalam rakaman muzik tersebut.Rakaman iringan muzik tersebut hendaklah diberikan kepada pihakpenganjur di dalam format audio di dalam cakera padat (CD) semasapendaftaran dibuat.
b. Permainan alat muzik yang dibenarkan oleh Islam.
c. Pertandingan ini juga membenarkan muzik iringan perkusi secara langsung (live) dan semua jenis alatan muzik perlu dibawa sendiri danhendaklah melampirkan senarai peralatan yang akan digunakan semasa pendaftaran dibuat..

6. PENGHAKIMAN

a. Penghakiman akan diadili oleh sebuah panel hakim yang akan dilantikoleh pihak penganjur untuk dua kategori Banin dan Banat ( SMI ) dankeputusan adalah muktamad. Penghakiman berdasarkan pada aspek-aspekberikut :-

7. KATEGORI MARKAH :-
Markah 1 dan 2 ( Lemah )
Markah 3 dan 4 ( Sederhana )
Markah 5 dan 6 ( Baik )
Markah 7 dan 8 ( Sangat Baik)
Markah 9 dan 10 ( Cemerlang )

6.1- PENILAIAN SUARA UTAMA :

a).Suara Latar :
Kriterianya spt :-
-Keseragaman suara latar.
-Kemerduan (Golden Voice)
-Nada suara (Pitching)

b).Kreativiti :
Kriterianya spt :-
-Nada suara (Pitching).
-Bentuk Suara (Tone).
-Getaran Suara (Vibration)
-Teknik pengeluaran suara.
-Penghayatan (feel) vokal utama.

6.2- KREATIVITI PERSEMBAHAN :

a).Kombinasi berkumpulan
b).Gaya yang menarik dan kreatif.
c).Menguasai dan tarikan kepada penonton.
d).Pemilihan lirik dan lagu yang bersesuaian.
e).Pakaian yang bersesuaian dengan persembahan.

7. LAIN-LAIN KETERANGAN

a). Semua syarat-syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur adalah wajib dipatuhi oleh setiap peserta.
b). Pihak ( SMI ) yang menyertai hendaklah membuat penghantaran salinan nama dan kad pengenalan peserta yang betul dan tepat kepada Urusetia Induk PRINT' 09 seberapa segera dan selewat-lewatnya sebelum19 hb Disember 2009.
c). Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Our Blogger Templates

  © Free Blogger Templates 'Greenery' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP